Temubual khas dengan Calon2 Alternatif APIUM

Friday, February 18, 2011

Pada hari Jumat (18/2/2011), pihak kami berkesempatan untuk menemubual calon alternatif sokongan jentera BEBAS APIUM iaitu FI02 Abd Aziz Bin Rekan dan FI04 Mohd Naufal Bin Mohd Tarmizi. Ikuti beberapa temubual dan jawapan bagi soalan yang kami ajukan kepada mereka. Ternyata sesi temubual bersama yang kami sangka akan serius bertukar ceria dek keramahan mereka kepada kami dan  mudah didekati walaupun ada beberapa pihak cuba menyerang peribadi mereka secara bergilir-gilir. Sesekali kami terfikir bahawa mereka ini sudah lama berkawan dan ideal untuk melakukan suatu kerja dan menjadikan hasil kerja itu sebagai satu yang akan diingati. Ikuti temubual ini...

Soalan : Salam... Boleh jelaskan kepada kami, apa yang menyebabkan saudara berdua menerima tawaran kami untuk menjadi calon?

Aziz : Saya sebenarnya sudah lama ditawarkan untuk bertanding ini sejak dari tahun lepas. Waktu saya ingat akan bertanding di kerusi UMUM, namun atas permintaan rakan2 APIUM, maka saya setuju untuk bertanding di kerusi fakulti setelah mereka menyatakan bahawa kerusi APIUM selalu diberi kepada mereka yang belum ada pengalaman kerja. Namun, sebelum saya terima tawaran ini, saya berikan syarat kepada mereka sebelum saya menerima tuntutan mereka untuk menjadikan saya sebagai calon. Saya katakan kepada mereka, cari pelajar APIUM yang bernama Naufal Tarmizi dan suruh dia buat analisis berkenaan manifesto yang ingin dibawa dan kalau boleh jika dia mahu, jadikan dia calon kerana dia mampu melakukan kerja dengan baik. Saya sudah lama berkerjasama dengan dia dan saya tahu baik dan buruknya dia. Dan saya ingin tegaskan bahawa saya terima tuntutan rakan2 APIUM kerana saya juga ingin membawa APIUM kembali dipandang gah di persada Universiti Malaya.

Naufal : Sebenarnya saya menolak sekeras-kerasnya untuk menjadi calon pada awalnya dan saya nyatakan saya hanya akan lakukan analisis bagi manifesto jentera bebas ini. Namun, setelah Aziz datang kepada saya dan saya tak mampu mengatakan tidak, akhirnya saya terima juga dengan hati yang berat. Cuma saya katakan pada Aziz, mengambil saya sebagai calon umpama seperti menunggu Sang Fitnah untuk dibangunkan dari tidur. Tapi Aziz masih berkeras untuk saya jadi calon dan meng'ugut' (sambil ketawa) bahawa dia tak akan bertanding jika saya tidak turut sama bertanding. Setahu saya Aziz sangat komited pada kerjanya, sangat tekiti dari sudut teknikalitinya dan ada idea yang sangat bernas walaupun dengar seperti mustahil... (disampuk oleh Aziz)

Aziz : kau pun apa kurangnya, lagi hebat lagi dari aku.

Naufal : Tunggu giliran la, sekarang masa aku kena jawab soalan(disambut helai tawa oleh kami)... Apapun setelah saya berfikir, maka saya ingin jadikan APIUM sebagai fakulti tempat yang sangat manis kenangannya semasa masih dalam UM. Saya ingin cipta satu suasana yang belum pernah dirasa di APIUM dimana program yang diaturkan penuh maksud bermanfaat yang tersirat dan mampu mengangkat martabat APIUM di UM serta menjadikan mahasiswanya tidak berbalah sesama sendiri hanya kerana  berbeza ideologi politik.

Bersama Mengembalikan Rentak API Di Persada Varsiti

Soalan : Manifesto yang kami bawa , ada apa2 penambahan?

Aziz : Jika bagi saya, manifesto ini sudah cukup memberi gambaran bahawa suatu manifesto seharusnya mengandungi dua elemen. Pertama, boleh dilaksanakan dan itu adalah secara tersurat yakni mahasiswa APIUM dapat tahu bahawa ia boleh dilaksanakan. Bukan satu manifesto yang sama sahaja dari tahun2 sebelum ini dan bukan manifesto yang sudah ada dalam perkiraan pihak pentadbiran untuk dilaksanakan. Kedua, elemen tersirat contohnya nilai-nilai moral dan modal insan itu akan diperolehi dengan perlaksanaan manifesto ini. Dan saya yakin manifesto yang dibawa oleh jentera BEBAS adalah yang terbaik berbanding manifesto-manifesto sebelum ini kerana ia mempunyai kedua-dua elemen ini.


Naufal : Jika saya pula, mungkin ada penambahan sedikit tapi kita tak boleh masukkan kesemua benda dalam manifesto kita. Jika manifesto ini boleh dimasukkan lagi, maka saya ingin usulkan kepada pihak pentadbiran untuk membina tempat menunggu bas di APIUM di sebelah padang APIUM kerana saya selalu nampak rakan2 siswi APIUM sering berdiri lama menunggu bas. Bahkan ada yang duduk sahaja di kaki lima sebelah dengan jalan yang menimbulkan persoalan bahawa perkara itu merbahaya kerana jika kenderaan tersilap membelok di selekoh akan membawa padah kepada mereka. Itu yang saya lihat dan apa yang rakan2 APIUM beritahu kepada saya. Sebenarnya, saya tertarik dengan forum bulanan yang dinyatakan dalam manifesto ini. Bagi saya, setiap calon perlu meletakkan suatu penanda aras pada setiap perlaksanaan manifesto ini. Dan penanda aras bagi saya untuk manifesto seperti forum bulanan ini adalah saya ingin realisasikan Habiburrahman El-Shirazy untuk menginjakkan kaki ke bumi APIUM. Itu janji saya jika saya ditaklifkan untuk menjadi wakil. Sekiranya tidak, maka terpulang kepada wakil yang lain pula.

Ikuti temubual seterusnya pada post esok hari. Jumpa lagi.

Takbir! Nafas Baru Mahasiswa! Takbir!

AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI 

0 comments: