Manifesto Khas Buat Siswi APIUM

Saturday, February 19, 2011

Salam keBEBASan buat semua,

Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, pihak kami ingin umumkan beberapa penjelasan khususnya kebajikan yang berkaitan dengan siswi APIUM. Secara umumnya, manifesto yang kami nyatakan dalam entri sebelum ini (link) sudah merangkumi kebajikan siswa dan siswi APIUM. Oleh kerana masih ada beberapa pihak yang kurang jelas tentang kebajikan siswi ini, maka kami bersetuju mewujudkan manifesto khas buat rakan2 siswi APIUM dan masih berteraskan kepada 6 elemen iaitu keselamatan, akademik, kesenian & kebudayaan, sahsiah, prospek kerjaya dan kemudahan. Berikut merupakan kandungan manifesto khas buat siswi APIUM :

KESELAMATAN
Menubuhkan satu jawatankuasa di peringkat mahasiswi yang bertanggungjawab dalam mengambil kira permasalahan siswi APIUM dari aspek keselamatan dan menguruskan akiviti berkaitan kesedaran keselamatan siswi APIUM.

AKADEMIK
Mengusulkan kepada pihak pentadbiran agar menambah meja (barangkali tidak perlu meja panjang) dan kerusi dalam bangunan APIUM dan di luar bilik kuliah bagi memudahkan siswi untuk mengulangkaji sementara menunggu untuk pulang atau sebelum masuk ke kelas.

KESENIAN & KEBUDAYAAN
Menganjurkan satu program kesenian Islam di peringkat siswi yang melibatkan siswi2 IPTA/IPTS dan juga siswi2 dari fakulti2 yang ada di Universiti Malaya.

SAHSIAH
Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi dan NGO-NGO sukarelawan yang ada kaitan dengan hak wanita dan siswi untuk memperkasakan lagi sumbangan siswi APIUM kepada masyarakat.

PROSPEK KERJAYA
Menganjurkan kursus, kempen, forum atau seminar yang menggabungkan elemen persediaan alam kerjaya dan elemen persediaan alam rumahtangga supaya dapat mempersiapkan diri siswi APIUM yang berkemungkinan besar menjadi isteri dan ibu yang berkerjaya setelah graduasi.

KEMUDAHAN
Mengusulkan kepada pentadbiran supaya tempat menunggu bas berbumbung dan berkerusi dibina bersebelahan dengan padang APIUM supaya memudahkan siswi APIUM menunggu shuttle bas Universiti Malaya.

Takbir! Nafas Baru Mahasiswa! Takbir!

AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA  VARSITI
       

Temubual khas dengan Calon2 Alternatif APIUM

Friday, February 18, 2011

Pada hari Jumat (18/2/2011), pihak kami berkesempatan untuk menemubual calon alternatif sokongan jentera BEBAS APIUM iaitu FI02 Abd Aziz Bin Rekan dan FI04 Mohd Naufal Bin Mohd Tarmizi. Ikuti beberapa temubual dan jawapan bagi soalan yang kami ajukan kepada mereka. Ternyata sesi temubual bersama yang kami sangka akan serius bertukar ceria dek keramahan mereka kepada kami dan  mudah didekati walaupun ada beberapa pihak cuba menyerang peribadi mereka secara bergilir-gilir. Sesekali kami terfikir bahawa mereka ini sudah lama berkawan dan ideal untuk melakukan suatu kerja dan menjadikan hasil kerja itu sebagai satu yang akan diingati. Ikuti temubual ini...

Soalan : Salam... Boleh jelaskan kepada kami, apa yang menyebabkan saudara berdua menerima tawaran kami untuk menjadi calon?

Aziz : Saya sebenarnya sudah lama ditawarkan untuk bertanding ini sejak dari tahun lepas. Waktu saya ingat akan bertanding di kerusi UMUM, namun atas permintaan rakan2 APIUM, maka saya setuju untuk bertanding di kerusi fakulti setelah mereka menyatakan bahawa kerusi APIUM selalu diberi kepada mereka yang belum ada pengalaman kerja. Namun, sebelum saya terima tawaran ini, saya berikan syarat kepada mereka sebelum saya menerima tuntutan mereka untuk menjadikan saya sebagai calon. Saya katakan kepada mereka, cari pelajar APIUM yang bernama Naufal Tarmizi dan suruh dia buat analisis berkenaan manifesto yang ingin dibawa dan kalau boleh jika dia mahu, jadikan dia calon kerana dia mampu melakukan kerja dengan baik. Saya sudah lama berkerjasama dengan dia dan saya tahu baik dan buruknya dia. Dan saya ingin tegaskan bahawa saya terima tuntutan rakan2 APIUM kerana saya juga ingin membawa APIUM kembali dipandang gah di persada Universiti Malaya.

Naufal : Sebenarnya saya menolak sekeras-kerasnya untuk menjadi calon pada awalnya dan saya nyatakan saya hanya akan lakukan analisis bagi manifesto jentera bebas ini. Namun, setelah Aziz datang kepada saya dan saya tak mampu mengatakan tidak, akhirnya saya terima juga dengan hati yang berat. Cuma saya katakan pada Aziz, mengambil saya sebagai calon umpama seperti menunggu Sang Fitnah untuk dibangunkan dari tidur. Tapi Aziz masih berkeras untuk saya jadi calon dan meng'ugut' (sambil ketawa) bahawa dia tak akan bertanding jika saya tidak turut sama bertanding. Setahu saya Aziz sangat komited pada kerjanya, sangat tekiti dari sudut teknikalitinya dan ada idea yang sangat bernas walaupun dengar seperti mustahil... (disampuk oleh Aziz)

Aziz : kau pun apa kurangnya, lagi hebat lagi dari aku.

Naufal : Tunggu giliran la, sekarang masa aku kena jawab soalan(disambut helai tawa oleh kami)... Apapun setelah saya berfikir, maka saya ingin jadikan APIUM sebagai fakulti tempat yang sangat manis kenangannya semasa masih dalam UM. Saya ingin cipta satu suasana yang belum pernah dirasa di APIUM dimana program yang diaturkan penuh maksud bermanfaat yang tersirat dan mampu mengangkat martabat APIUM di UM serta menjadikan mahasiswanya tidak berbalah sesama sendiri hanya kerana  berbeza ideologi politik.

Bersama Mengembalikan Rentak API Di Persada Varsiti

Soalan : Manifesto yang kami bawa , ada apa2 penambahan?

Aziz : Jika bagi saya, manifesto ini sudah cukup memberi gambaran bahawa suatu manifesto seharusnya mengandungi dua elemen. Pertama, boleh dilaksanakan dan itu adalah secara tersurat yakni mahasiswa APIUM dapat tahu bahawa ia boleh dilaksanakan. Bukan satu manifesto yang sama sahaja dari tahun2 sebelum ini dan bukan manifesto yang sudah ada dalam perkiraan pihak pentadbiran untuk dilaksanakan. Kedua, elemen tersirat contohnya nilai-nilai moral dan modal insan itu akan diperolehi dengan perlaksanaan manifesto ini. Dan saya yakin manifesto yang dibawa oleh jentera BEBAS adalah yang terbaik berbanding manifesto-manifesto sebelum ini kerana ia mempunyai kedua-dua elemen ini.


Naufal : Jika saya pula, mungkin ada penambahan sedikit tapi kita tak boleh masukkan kesemua benda dalam manifesto kita. Jika manifesto ini boleh dimasukkan lagi, maka saya ingin usulkan kepada pihak pentadbiran untuk membina tempat menunggu bas di APIUM di sebelah padang APIUM kerana saya selalu nampak rakan2 siswi APIUM sering berdiri lama menunggu bas. Bahkan ada yang duduk sahaja di kaki lima sebelah dengan jalan yang menimbulkan persoalan bahawa perkara itu merbahaya kerana jika kenderaan tersilap membelok di selekoh akan membawa padah kepada mereka. Itu yang saya lihat dan apa yang rakan2 APIUM beritahu kepada saya. Sebenarnya, saya tertarik dengan forum bulanan yang dinyatakan dalam manifesto ini. Bagi saya, setiap calon perlu meletakkan suatu penanda aras pada setiap perlaksanaan manifesto ini. Dan penanda aras bagi saya untuk manifesto seperti forum bulanan ini adalah saya ingin realisasikan Habiburrahman El-Shirazy untuk menginjakkan kaki ke bumi APIUM. Itu janji saya jika saya ditaklifkan untuk menjadi wakil. Sekiranya tidak, maka terpulang kepada wakil yang lain pula.

Ikuti temubual seterusnya pada post esok hari. Jumpa lagi.

Takbir! Nafas Baru Mahasiswa! Takbir!

AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI 

Manifesto Jentera BEBAS APIUM

Thursday, February 17, 2011

Berikut merupakan manifesto yang akan dibawa oleh calon jentera Bebas APIUM :


KESELAMATAN

>Mempertingkatkan kemudahan keselamatan di APIUM seperti kemudahan tempat untuk menyimpan helmet dan laluan mesra OKU.

    AKADEMIK

    >Menganjurkan Hari Kecemerlangan Akademik APIUM.
    >Menganjurkan Simposium Akademik APIUM yang melibatkan pembentangan ilmiah antara mahasiswa APIUM kepada Mahasiswa dari fakulti2 yang lain.
    >Mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat Mahasiswa APIUM bagi membantu pensyarah mengemaskini maklumat dan nota di SPECTRUM/ UM@e-learning

    KESENIAN & KEBUDAYAAN 

    >Menghidupkan kembali Kelab Kebudayaan Islam (KEBUDI) di APIUM.
    >Menganjurkan Karnival Kesenian Islam yang merangkumi seni lakon dan teater, seni suara dan seni sastera Islamik.
      SAHSIAH

      >Menjalinkan kerjasama antara NGO-NGO Islam bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa APIUM tentang akiviti kesukarelawan Islam.
      >Mengadakan forum bulanan antara pensyarah, pimpinan dan Mahasiswa APIUM tentang isu semasa serta memperkasakan lagi kuliah Tafaqquh Fid-din.
        PROSPEK KERJAYA

        >Menganjurkan kursus atau taklimat persediaan ke alam kerjaya seperti Kursus Kesetiausahaan, Kursus Protokol dan seumpamanya.
        >Mempertingkatkan kerjasama antara agensi-agensi berkaitan dengan prospek kerjaya mahasiswa APIUM.
          KEMUDAHAN 

          >Menganjurkan Kempen Kepenggunaan seperti kempen jimat elektrik dan kempen mesra alam serta mewujudkan gerai jualan pada hari Jumaat untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa APIUM.
          >Mengusulkan kepada pentadbiran unuk menyediakan beberapa kemudahan asas seperti Pam Tayar di kawasan tempat letak motosikal.
            Isi kandungan manifesto ini telah dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana PRKampus pada maghrib tadi. Sekian.
            Takbir! Nafas Baru Mahasiswa! Takbir!!!

            AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI 

            Latar Belakang Calon : Abdul Aziz Bin Rekan

            Wednesday, February 16, 2011

            Beliau merupakan Mahasiswa APIUM dari jurusan Sarjana Muda Pendidikan Islam Tahun 2. Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan kini menetap di Tuaran, Sabah. Beliau berbangsa Bajau dan merupakan anak keenam dari tujuh adik-beradik. Sekolah merupakan tempat kerja asas bagi kedua ibubapa beliau, bapanya berkerja sebagai guru dan ibunya pula berkerja sebagai penyelia asrama. Beliau juga merupakan pemegang biasiswa tajaan Yayasan Sabah.

            Latar Pendidikan & Penglibatan

            Mendapat pendidikan awal di SK Serusup, Tuaran, Sabah. Seterusnya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Tuaran dan di peringkat menengah pula adalah di  SMKA Inanam. Pada tahun 2006, beliau melanjutkan pelajaran ke Asasi Pengajian Islam, Nilam Puri, Kelantan. Di sana, beliau telah menyerai pelbagai akiviti disamping mendapat pelabagai anugerah dan pengiktirafan. Antaranya :

            1) AJK Biro Akademik Badan Kebajikan Intensif Sabah (BAKIS) 08/09
            2) AJK Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2008
            3) Bendahari, Program Intellectual Teenagers Motivational Camp (ITC) 2008
            4) Pengarah, Program Ikatan Mahabbah Kelab-Kelab APIUM NP 2008
            5) Fasilitator bagi pelajar sekolah menengah di bawah tajaan Yayasan Sabah dan sekitar Kelantan, Kuala Lumpur dan Sabah.
            6) Johan Debat Piala Timbalan Pengarah  APIUM NP 2007
            7) Johan Debat Bahasa Melayu 2008
            8) Anugerah Pelajar Aktif  APIUM NP2009
            9) Anugerah Pelajar Lelaki Akademik Terbaik Badan Kebajikan Intensif Sabah (BAKIS) 2006

            Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau telah menyertai pelbagai aktiviti mahasiswa sama ada berkaitan dengan khidmat sosial, akademik dan kesukarelawan. Atas usaha gigih beliau dalam menjalankan tanggungjawab, beliau kemudiannya dianugerahkan beberapa anugerah. beriku merupakan senarai penyertaan dan pencapaian yang telah diperoleh oleh beliau sepanjang tempoh sesi pengajian di UM :

            1) Pengarah, Nur Syawal JKP Balai Islam, KK12 2009
            2) Timbalan Pengarah Pertandingan Bubur Asyura, JKP Balai Islam, KK12 2010
            3) AJK Protokol & Pengisian KEWARIS, KK12 sesi 09/10
            4) Terlibat secara aktif dalam akiviti persatuan anak negeri iaiu Persatuan Mahasiswa Sabah (PERMASA)
            5) Fasilitator Bengkel Laihan Kejurulatihan TOT anjuran LPPKN 2010
            6) Fasilitator Program SERUM anjuran Rakan Muda UM 2010
            7) Yang Dipertua SMPI Tahun 2 sesi 2010/2011
            8) Pengarah Program Iftor SMPI 2010
            9) Peserta Pertandingan Debat Perpaduan & Integrasi Nasional antara IPT 2010
            10) Peserta Program Latihan Luar-Modul PGA, Pusat Latihan Pasukan Gerakan AM 2010
            11) Anugerah Laksana Permata KK12 2010
            12) Anugerah Akademik Terbaik JKP Akademik & Intelektual KK12 2011
            13) Anugerah Dekan APIUM 2010
            14) Peserta Kursus Bahasa Arab di Universiti Qatar, Doha 2010
            15) Anggota Kor SUKSIS Universiti Malaya

            --Tamat--
            Takbir!!! Nafas Baru Mahasiswa!!! Takbir!!!


            AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI

            Latar Belakang Calon : MOHD NAUFAL B MOHD TARMIZI

            Tuesday, February 15, 2011

            Beliau merupakan Mahasiswa APIUM Tahun 3 dari Jabatan Syariah & Undang-Undang. Berasal dari Slim River, Perak dan merupakan anak sulong dari tujuh adik-beradik. Beliau dilahirkan semasa ibubapanya melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar iaitu di Kaherah, Mesir. Kemudian beliau dibesarkan di Kedah selama 7 tahun dan di Perak selama 15 tahun. Keluarga beliau mempunyai kaitan nasab atau keturunan Raja Jembal ( bertemu nasab dengan Tuan  Guru Nik Abdul Aziz dan Tengku Razaleigh) dan beliau merupakan anak saudara ipar Allahyarham Fadzil Noor. Bapanya bekerja sebagai seorang Pendakwah Bebas yang mempunyai tauliah mengajar di Perak dan Selangor dan bekas Penasihat Agama kepada DS Nizar Jamaluddin semasa menjadi MB Perak. Manakala ibunya pula bekerja sebagai guru di sekolah agama rakyat iaitu Maahad Abbasiah Sungkai, Perak. Selain dirinya yang melanjutkan pelajaran di UM, salah seorang adik perempuannya sudah menjengah ke alam universiti iaitu melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan pemegang bantuan biasiswa JPA.

            Latar Pendidkan

            Beliau menerima pendidikan awal di PASTI Slim River sebelum memasuki alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Slim River. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di sebuah sekolah agama arab kerajaan negeri Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star dari tahun 2001 sehingga awal tahun 2006. Di Maktab Mahmud Alor Star, beliau mengambil peperiksaan awam PMR dan SPM. Bahkan sempat mengikuti pengajian di peringkat STAM pada tahun 2006 di Maktab Mahmud Alor Star. Semasa di Maktab Mahmud Alor Star, beliau dikenali dengan bakat kepimpinan, lakonan dan nasyid. Bahkan beliau juga merupakan pengasas kepada Kelab Debat Maktab Mahmud pada tahun 2006 dan memegang jawatan selaku Setiausaha Kehormat pertama bagi Kelab Debat Maktab Mahmud. Semasa itu, kerajaan negeri pada waktu itu telah membuka cawangan Maktab Mahmud kepada 12 cawangan (asalnya sekolah pondok) di sekitar Kedah. Atas dasar menyatukan kedua-dua belas cawangan dengan Makatab Mahmud Induk (yakni di Alor Star), beliau dan rakan-rakan yang lain telah mengusulkan kepada Pengetua untuk menganjurkan Festival Debat Antara Maktab Mahmud. Bahkan beliau juga dilantik sebagai Pengarah bagi projek tersebut. Pada tahun dan sekolah yang sama juga, beliau ditaklifkan untuk menjadi Pengerusi Kelab Kebersihan dan Keceriaan Maktab Mahmud Alor Star yang bertanggungjawab menambah tanaman pokok hiasan di sekitar kawasan sekolah yang luasnya ibarat seluas kolej kediaman di UM. Hasilnya adalah sebagaimana yang boleh dilihat di Maktab Mahmud Alor Star kini.

            Tidak lama selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat STPM di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, Selangor. Beliau dilantik menjadi Pemangku Ketua Umum di sekolah tersebut. Terdapat juga beberapa jawatan penting yang dipegangnya seperti Exco Biro Tamrin Badan Dakwah & Rohani (BADAR-tahun 2006) dan juga Pengerusi Pengakap (2006-2007). Bahkan pada tahun 2007, beliau dianugerahkan sebagai Ketua Rumah Sukan(Ketua Pelajar) Terbaik bagi keseluruhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Zon Tengah oleh Kementerian Pelajaran. Pada awal tahun 2008, beliau dianugerahkan hadiah kecemerlangan akademik atas keputusan cemerlangnya dalam STPM dan juga MUET.

            Latar Penglibatan Aktiviti

            Bagi kami, antara tugasan yang menyerlahkan kepimpinan beliau di Universiti adalah sebagai Ketua Unit Protokol FESKUM 2009. Ini kerana unit protokol hanya fokus kepada perasmian FESKUM 2009 yang  bertemakan "Keilmuan Disanjung, Kecemerlangan Dijunjung". Beliau merupakan tenaga kerja penting dalam menjayakan perasmian FESKUM 2009 sehingga dikatakan "The Best FESKUM Ever" oleh Naib Canselor dan Pro-Canselor. Antara skop tugasan yang dilakukannya adalah penyediaan teks ucapan, teks MC, jemputan dan kehadiran VVIP dan VIP, protokol majlis, memastikan MC dan majlis menepati ekspektasi pihak International Corporate Relation (ICR) dan pelbagai lagi. (sila klik untuk melihat gambar organisasi FESKUM 2009 di sebelah kanan blog tersebut).

            Beliau juga merupakan pengasas kepada Kem Motivasi dari Remaja Untuk Remaja atau lebih dikenali Misi Tawan Sukses (MITASES). Kem ini telah menjalankan aktivitinya di Kedah (Maktab Mahmud Pendang) dan di Johor (Sekolah Menengah Tun Hussein Onn, Kluang) yang memfokuskan kepada cara pembelajaran bagi calon PMR, SPM dan STPM. Kini ia diteruskan oleh seorang lagi rakannya yang menuntut di UKM bagi memberi laluan kepada keutamaan akademik di UM.

            Beliau juga pernah menjalankan latihan industri di Brunei Darussalam di salah sebuah firma guaman terkenal di negara tersebut iaitu Daud Ismail & Company. Bahkan beliau telah ditawarkan untuk berkerja di firma tersebut jika berjaya mendapatkan sijil amalan guaman. Semasa di Brunei Darussalam, beliau talah diberi peluang untuk menguruskan taklimat berkenaan dengan kehartaan dan wasiat Islam di hadapan anggota tentera Brunei Darussalam. Dan taklimat itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan anggota tentera tersebut.

            Antara pencapaian dan penglibatannya yang lain adalah :

            1) Tempat Kelima, Pertandingan Moot Peringkat Kebangsaan (Pertandingan Penghujahan Guaman)
            2) Jurulatih forum di Maahad Abbasiah Sungkai, Perak.
            3) Terlibat dalam aktiviti pengacaraan  dalam beberapa majlis-majlis rasmi seperti Pengerusi Majlis MoU  Antara Koridor Utara dan Hannan Holdings di Ipoh, forum-forum di UM & UKM.
            4) Anugerah Dekan APIUM 2010
            5) Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Teater Universiti Malaya 2011.
            6) Pengarah Pertandingan Bubur Asyura KK12 2010
            7) Anugerah Siswa Aktif KK8 2008/2009
            8) Anugerah Seni Harapan (Drama) KK8 2008/2009
            9) Anugerah Tokoh Akademik KK8 2008/2009
            10) Tercalon sebagai Pelakon Pembanu Lelaki Terbaik, Karnivel Teater UM 2010
            11) Peserta Program Latihan Luar-Modul PGA, Pusat Latihan Pasukan Gerakan AM 2010
            12) Fasilitator Bengkel Latihan Kejurulatihan TOT anjuran LPPKN 2010
            13) Anggota Kor SUKSIS Universiti Malaya
            14) Jawatankuasa Teknikal FESENI KK12 2011

              -Tamat-
              Takbir!!! Nafas Baru!!! Takbir!!!

              AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI

              DASAR PERJUANGAN BEBAS APIUM

              Salam Kebebasan,

              Bebas APIUM merupakan jentera yang telah menetapkan KEBAJIKAN MAHASISWA APIUM sebagai dasar perjuangannya. Dasar merupakan tunjang kepada sesuatu perjuangan yang mampu mencorakkan kemampuan dan keberkesanan manifesto serta gerak-kerja bagi sesebuah organisasi. Dasar kebajikan ini pula bertunjangkan kepada nas al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 126 :

              "Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa wahai Tuhanku jadikanlah bumi ini (Mekah) aman dan kurniakanlah rezeki daripada hasil-hasil buahan kepada penduduknya dari kalangan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, Allah berfirman: Malah kepada orang Kafir juga kami kurniakan kesenangan di dunia ini, kemudian di hari Akhirat nanti mereka akan dikerahkan ke Neraka, dan ia adalah seburuk-buruk tempat kembali"

              Ayat ini menjelaskan bahawa Nabi Ibrahim juga mementingkan kebajikan rakyatnya. Ini kerana rakyat dan pemimpin mempunyai hubungan "Kullukum Ra'in wa kullukum mas-ulun 'an ra'iyyatihi". Oleh kerana mahasiswa APIUM adalah pengundi yang menetukan wakilnya, maka mahasiswa APIUM adalah 'rakyat' di APIUM. Justeru, kebajikan mahasiswa APIUM tidak boleh dipandang enteng sahaja. Sebaliknya harus dioptimumkan fokus kebajikan mahasiswa APIUM berbanding yang lain.

              Takbir!!! Nafas Baru Mahasiswa!!! Takbir!!!

              AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI

              Objektif Jentera Bebas APIUM

              Umum mengetahui bebas APIUM bukanlah sebuah parti, tetapi sebuah jentera... Jentera dan Parti punyai skop berbeza dimana jentera ini lebih khusus melibatkan tenaga kerja bagi melicinkan gerak kerja berpasukan, manakala parti mempunyai ruang skop tanggungjawab yang lebih besar. Disebabkan bebas APIUM merupakan jentera yang memfokuskan kepada kebajikan Mahasiswa APIUM, maka sebab itulah kami meletakkan calon di kerusi fakulti APIUM. Beriku merupakan objektif bagi Bebas APIUM :

              1) Mengoptimumkan kebajikan Mahasiswa APIUM melalui wakil fakulti yang tidak mempunyai komitmen gerakan politik kampus sedia ada.

              2) Memperkukuhkan kembali semangat setiakawan dalam kalangan Mahasiswa APIUM yang berbeza ideologi politik kampus melalui kempen memilih calon yang terbukti kemampuannya melakukan kerja berbanding hanya memilih menikut parti dan ideologi politik kampus bagi kerusi fakulti APIUM.

              3) Menyuburkan kembali semangat demokrasi di APIUM dengan menggalakkan mana-mana calon berkelayakan untuk bertanding tanpa hanya menerima dengan mudah calon yang telah ditaja oleh mana-mana gerakan politik kampus

              4) Mengembalikan semula rentak dan keizzahan APIUM di persada Universiti Malaya dan masyarakat sekeliling.

              Takbir!!! Nafas Baru Mahasiswa!!! Takbir!!!

              AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI

              6 Elemen Manifesto

              Sidang pelayar dan pembaca laman blog BEBAS APIUM yang dihormati sekalian. Pasti ramai antara kita ternanti-nanti akan manifesto yang bakal dikeluarkan oleh pihak kami dalam memperjuangkan kebajikan Mahasiswa APIUM secara optimum. Maka, pihak kami sebgai permulaan hanya akan memberitahu elemen-elemen yang dijadikan sebagai panduan dalam mendrafkan manifesto. Manifesto sebenar hanya akan disiarkan dan diberitahu kepada umum apabila masa berkempen sebenar bermula iaitu pada jam 6.00petang, 17/2/2011 (khamis). Elemen yang terdapat dalam manifesto bebas adalah seperti berikut :

              (1) Keselamatan
              (2) Akademik
              (3) Sahsiah
              (4) Kesenian & Kebudayaan
              (5) Prospek Kerjaya
              (6) Kemudahan

              Moga dengan panduan ini dapat pihak kami mengoptimumkan kebajikan mahasiswa APIUM tanpa sebarang sekatan pandangan negatif dan tidak terikat dengan komitmen mana-mana gerakan politik kampus sedia ada. Takbir!!! Nafas Baru Mahasiswa!!! Takbir!!!


              AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA VARSITI

              BEBAS DI FITNAH UNTUK HARI PERTAMA!!!

              Sunday, February 13, 2011

              14.02.2011(Isnin) -Pihak kami ingin mengesahkan bahawa sebarang risalah,artikel atau poster yang berkaitan dengan BEBAS tidak pernah dikeluarkan dan tidak akan dikeluarkan sehingga Jam 5.59 petang,17hb Februari 2011... Pengumuman ini adalah hasil daripada satu risalah yang telah ditampal di APIUM berkaitan manifesto BEBAS. Pihak kami ingin tegaskan bahawa manifesto yang dinyatakan dalam risalah itu adalah sama sekali tidak sama dengan manifesto yang dibawa oleh kami... Kerana manifesto yang dinyatakan dalam risalah itu sama sekali tidak boleh dilaksanakan kerana ia berada di luar bidangkuasa Mahasiswa APIUM...

              Tidak diketahui dari pihak mana yang mengeluarkan risalah propa dan auta ini. Dan pihak kami tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, namun ingin kami tegaskan bahawa sebarang cubaan untuk mensabotaj jentera dan calon sokongan BEBAS akan berdepan dengan tindakan undang2 dan hukuman dari Allah Taala. Lagipun,sudah kami tegaskan bahawa manifesto kami ada 6 elemen... Bukan 5 sebagaimana yang dinyatakan dalam risalah propa tersebut.


              Bukti kami akan muatkan setelah perbincangan antara pihak kami selesai. Di harap mahasiswa APIUM tidak percaya dengan risalah tersebut.