Manifesto Khas Buat Siswi APIUM

Saturday, February 19, 2011

Salam keBEBASan buat semua,

Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, pihak kami ingin umumkan beberapa penjelasan khususnya kebajikan yang berkaitan dengan siswi APIUM. Secara umumnya, manifesto yang kami nyatakan dalam entri sebelum ini (link) sudah merangkumi kebajikan siswa dan siswi APIUM. Oleh kerana masih ada beberapa pihak yang kurang jelas tentang kebajikan siswi ini, maka kami bersetuju mewujudkan manifesto khas buat rakan2 siswi APIUM dan masih berteraskan kepada 6 elemen iaitu keselamatan, akademik, kesenian & kebudayaan, sahsiah, prospek kerjaya dan kemudahan. Berikut merupakan kandungan manifesto khas buat siswi APIUM :

KESELAMATAN
Menubuhkan satu jawatankuasa di peringkat mahasiswi yang bertanggungjawab dalam mengambil kira permasalahan siswi APIUM dari aspek keselamatan dan menguruskan akiviti berkaitan kesedaran keselamatan siswi APIUM.

AKADEMIK
Mengusulkan kepada pihak pentadbiran agar menambah meja (barangkali tidak perlu meja panjang) dan kerusi dalam bangunan APIUM dan di luar bilik kuliah bagi memudahkan siswi untuk mengulangkaji sementara menunggu untuk pulang atau sebelum masuk ke kelas.

KESENIAN & KEBUDAYAAN
Menganjurkan satu program kesenian Islam di peringkat siswi yang melibatkan siswi2 IPTA/IPTS dan juga siswi2 dari fakulti2 yang ada di Universiti Malaya.

SAHSIAH
Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi dan NGO-NGO sukarelawan yang ada kaitan dengan hak wanita dan siswi untuk memperkasakan lagi sumbangan siswi APIUM kepada masyarakat.

PROSPEK KERJAYA
Menganjurkan kursus, kempen, forum atau seminar yang menggabungkan elemen persediaan alam kerjaya dan elemen persediaan alam rumahtangga supaya dapat mempersiapkan diri siswi APIUM yang berkemungkinan besar menjadi isteri dan ibu yang berkerjaya setelah graduasi.

KEMUDAHAN
Mengusulkan kepada pentadbiran supaya tempat menunggu bas berbumbung dan berkerusi dibina bersebelahan dengan padang APIUM supaya memudahkan siswi APIUM menunggu shuttle bas Universiti Malaya.

Takbir! Nafas Baru Mahasiswa! Takbir!

AYUH KEMBALIKAN RENTAK API DI PERSADA  VARSITI
       

0 comments: