Calon Bebas APIUM : Latar Belakang

Wednesday, January 26, 2011

Bebas... seringkali disalah anggap sebagai proksi pihak lawan. Juga seringkali dikatakan sebagai pihak 'katak' yakni melompat dari parti asal ke satu parti yang lain. Bahkan ada yang menganggap ia sebagai perjuangan individu yang kecewa kerana gagal mendapatkan tempat sebagai calon tajaan dari mana-mana gerakan politik kampus yang bertanding. Hakikatnya ketiga-tiga indikasi dan pandangan ini adalah hujah pihak bertanding yang lain, yang gentar dengan kewujudan calon bebas yang boleh menggugat peratusan keyakinan mereka untuk memnangi kerusi2 yang dipertandingkan.

Secara amnya, gerakan bebas di APIUM bukanlah bersifat 'political movement' tetapi ia lebih bersifat 'platform coordinator' atau dalam bahasa mudahnya adalah penyediaan jentera bagi calon yang dikenali mampu melaksankan tugas berbanding calon yang ditaja oleh gerakan politik kampus. Bahkan sudah tiba masanya APIUM bergerak selangkah ke hadapan untuk menonjolkan pemimpin yang mampu melaksanakan tugas dengan menggunakan label MAHASISWA APIUM dan bukan dengan menggunakan label mana2 gerakan politik kampus. Keadaan semasa telah memperlihatkan bahawa tatkala parti politik kampus melakukan sesuatu yang negatif, maka akan terpalitlah unsur negatif itu kepada nama Akademi Pengajian Islam. Berlainan pula dengan unsur positif, Apabila parti politik kampus melakukan sesuatu yang positif, unsur positif itu tidak pula dikembalikan pada Akademi Pengajian Islam.

Sebagai contoh, katakan gerakan politik kampus menentang apa yang diputuskan oleh TNC, pasti akan ada yang mengatakan "Budak2 APIUM memang camtu, sikit2 nak menentang...". Tapi apabila gerakan politik kampus itu dipuji, contohnya seperti dalam isu zero balance, tidak pula nama pelajar APIUM terlebih dahulu disebut, sedangkan nama gerakan itu disebut. Dalam pengertian yang mudah, suasana politik kampus di UM telah menyebabkan nama APIUM dipandang pesimistik melebihi pandangan optimistik. Atas dasar mengimbangi kembali nama APIUM ini, maka wujudlah gerakan memBEBASkan mahasiswa APIUM dari belenggu pandangan negatif supaya setiap tindakan positif yang akan dilakukan, nama API akan kembali dimartabatkan selaras dengan matlamat kami untuk mengembalikan rentak API di persada Varsiti.

Jika ada pihak yang terasa dengan kehadiran calon bebas, usahlah... Tiada siapa yang rugi bahkan ia akan menguntungkan mana2 pihak yang menyokong keadilan dalam perjuangan dan ketelusan dalam menjaga kebajikan mahasiswa APIUM. Salam perkenalan.